AL-MAFHUM
AL-MAFHUM (المفهوم) adalah singkatan daripada المفهوم من كلام مولانا محمد عصري بن يوسف yang bermaksud "Yang Difahami dari Kalam Maulana Muhammad Asri bin Yusoff (MMAY)."
Laman ini dinamakan sedemikian kerana ia berhasrat untuk mengumpulkan catatan-catatan yang diambil daripada kuliah atau ceramah MMAY.
Hanyasanya ia diolah dalam bahasa surat dan dilakukan penambahbaikan dengan menyertakan teks nas yang disebut oleh MMAY secara lengkap beserta sumbernya.
matlamat
Mudah-mudahan laman ini dikira sebagai 'amal soleh oleh Allah s.w.t. dan termasuk sebagai ilmu yang berkekalan manfaatnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
"Apabila matinya seseorang manusia, terputuslah pahala amalannya melainkan daripada tiga (iaitu) sedekah yang masih berjalan manfaatnya, atau ilmu yang masih dimanfaatkan oleh orang lain atau anak soleh yang mendoakan kesejahteraan untuknya."
- Sahih Muslim (1631)
Media Sosial Rasmi