·
Allah s.w.t. berfirman:
إِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya: "Sesungguhnya, barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, demi sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
[Surah Yusuf (12) : 90]
Pada asalnya, kesabaran telah terkandung dalam maksud perkataan taqwa. Tetapi, apabila ianya disebut bersama-sama dalam satu ayat, ia merujuk kepada dua maksud yang berbeza iaitu:
- TAQWA bererti menahan diri dalam menjalankan semua perintah Allah; manakala
- SABAR pula bermaksud menahan diri daripada melakukan semua larangan Allah.
Maka, barangsiapa yang mempunyai kedua-dua sifat ini, dia telah dikira sebagai orang yang baik dan Allah tidak akan menghilangkan pahalanya.
Wallahu a'lam.