Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi, urusan rumahtangga seperti memasak dan mengemas rumah sememangnya menjadi tanggungjawab isteri.
Malangnya, pada hari ini, ada yang tersalahsangka sehingga semua urusan dari mencari nafkah sehinggalah kepada menguruskan rumahtangga, diletakkan di atas bahu suami semata-mata termasuklah upah untuk menyusukan anak.
Isteri pula hanya bersolek atau duduk sahaja tanpa melakukan sebarang tugas.
Walhal secara 'uruf (adat), ia adalah tanggungjawab isteri. Kerana itulah apabila Nabi s.a.w. pulang ke rumah, baginda bertanya kepada isterinya, makanan apa yang ada?
Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh'A'isyah r.a.ha., katanya:
قالَ لي رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ ذَاتَ يَومٍ: يا عَائِشَةُ، هلْ عِنْدَكُمْ شَيءٌ؟ قالَتْ: فَقُلتُ: يا رَسولَ اللهِ، ما عِنْدَنَا شيءٌ، قالَ: فإنِّي صَائِمٌ
Maksudnya:
Pada suatu, Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, "Wahai 'A'isyah, adakah engkau ada apa-apa (yang boleh dimakan)?" Lalu, aku menjawab, "Wahai Rasulullah, kita tak ada apa-apa pun (untuk dimakan)." Baginda pun bersabda, "Kalau begitu, aku berpuasa."
Daripada hadis ini, dapatlah difahami bahawa menyediakan makanan itu termasuk dalam tugas yang dilakukan oleh 'A'isyah, kerana jika adalah tugas Nabi s.a.w. (sebagai suami), tidak perlulah baginda bertanyakan soalan tersebut kepada 'A'isyah.
Hakikatnya, sejak zaman Nabi s.a.w. lagi, wanita bukan sahaja melakukan tugas sebagai suri rumah, malah ada juga dalam kalangan mereka yang bekerja, sama ada untuk membantu suami atau untuk pendapatan mereka sendiri.
Kerana itulah Allah berfirman:
وَلَا تَتَمَنَّوۡا۟مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ لِّلرِّجَالِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبُوا۟ۖ وَلِلنِّسَاۤءِ نَصِیبࣱ مِّمَّا ٱكۡتَسَبۡنَۚ وَسۡـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضۡلِهِۦۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣰا
Maksudnya:
"Janganlah kalian terlalu mengharapkanapa yang telah Allah lebihkan sebahagian daripada kalian atas sebahagian yang lain (kerana) 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶, 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗻, 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝗻.
(Maka hendaklah kalian berusaha) dan pintalah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu."
[Surah an-Nisa' (4) : 32]
Ertinya, lelaki dan wanita masing-masing mempunyai pendapatan mereka sendiri.
Maka, perlulah difahami bahawa meskipun suami wajib mencari nafkah untuk keluarganya, tetapi tidaklah bererti bahawa semua urusan di rumahtangga itu diletakkan di bahunya semata-mata.
dan jika itulah yang dikehendaki oleh agama, ertinya Nabi s.a.w. sendiri pun telah mencuaikan kewajipannya sebagai seorang suami.
Wallahu a'lam.