Apabila ditanya tentang maksud Salafi dan Wahhabi, Maulana Asri menjelaskan bahawa Salafi merujuk kepada sebahagian Kaum Muslimin yang mendakwa bahawa mereka mahu mengikut al-Quran dan as-Sunnah mengikut tafsiran Salafu Soleh iaitu generasi terawal umat Islam yang hidup pada 300 tahun Hijriyyah pertama.
Wahhabi pula merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada pengikut asy-Syaikh Muhammad bin โAbdul Wahhab, โulamak besar di โArab Saudi yang juga mengikut manhaj Salafi. Kerana itulah mereka tidak suka kepada gelaran inidan lebih suka disebut sebagai Salafi.
Maka, ungkapan Salafi lebih umum daripada Wahhabi. Tetapi, rata-rata masyarakat menganggap semua Salafi adalah Wahhabi, walhal kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan kecil, antaranya Wahhabi dikaitkan dengan tokoh tertentu iaitu asy-Syaikh Muhammad bin โAbdul Wahhab, sedangkan Salafi pula merujuk kepada manhaj atau cara memahami dan mengamalkan agama.
Tetapi, secara umumnya, Salafi (termasuklah mereka yang digelar sebagai Wahhabi) tidak suka kepada bidโah,
khurafat, ilmu kalam dan pemujaan melampau terhadap Nabi s.a.w. dan orang-orang soleh.
Kerana itulah Salafi tidak melakukan kenduri arwah, majlis tahlil, pemujaan kubur, sambutan Maulid Nabi s.a.w., majlis haul (ulang tahun kematian tokoh-tokoh tertentu) dan yang seumpama dengannya kerana semua ini tidak dikenali oleh Salafu Soleh.
ULASAN PENULIS
Tidaklah salah jika dikatakan bahawa Salafi adalah terma lain atau sinonim bagi Ahlus Sunnah wal Jamaโah,
kerana kedua-dua merujuk kepada maksud yang sama, sebagaimana yang disabdakan
oleh Nabi s.a.w. apabila ditanya tentang siapakah satu-satunya kelompok yang terselamat
daripada api neraka, maka baginda menjawab:
ู ูุง ุฃูููุง ุนููููููู ููุฃูุตูุญูุงุจูู
Maksudnya: โMereka adalah golongan yang berada di atas sunnahku dan para sahabatku.โ
Selain itu, baginda juga berpesan supaya versi Islam yang diamalkan oleh tiga
generasi terawal Islam, sebagaimana sabdanya s.a.w.:
ุฃููุตููููู ู ุจูุฃูุตูุญูุงุจูู ุซูู ูู ุงูููุฐูููู ูููููููููู ู ุซูู ูู ุงูููุฐูููู ูููููููููู ู ุซูู ูู ููููุดูู ุงููููุฐูุจู ุญูุชููู ููุญููููู ุงูุฑููุฌููู ูููุงู ููุณูุชูุญููููู ููููุดูููุฏู ุงูุดููุงููุฏู ูููุงู ููุณูุชูุดูููุฏู
Maksudnya: โAku berwasiat kepada kalian supaya mengikut para sahabatku. Kemudian, ikutlah generasi yang mengiringi mereka. Kemudian, ikutlah generasi yang mengiringi mereka. Kemudian, akan tersebar luaslah pendustaan sehingga ada yang berani bersumpah sedangkan dia belum pun diminta untuk bersumpah (oleh pihak berkuasa) dan ada yang memberikan penyaksian walhal penyaksiannya itu tidak pun diminta.โ
Salafi bukan sahajamenentang bidโah, khurafat dan ilmu kalam, sebaliknya mereka juga terkehadapan dalam menentang maksiat (sehingga ada โulamak di Arab Saudi yang sanggup dipenjarakan demi menentang budaya hedonism yang cuba dihidupkan oleh Putera Muhammad bin Salman) dan menjawab fitnah dan tipu daya kaum munafiq (seperti Islam Liberal). Semua ini selari dengan sabda Nabi s.a.w.:
ู ูุง ู ููู ููุจูููู ุจูุนูุซููู ุงูููููู ููู ุฃูู ููุฉู ููุจูููู ุฅููุงูู ููุงูู ูููู ู ููู ุฃูู ููุชููู ุญูููุงุฑููููููู ููุฃูุตูุญูุงุจู ููุฃูุฎูุฐูููู ุจูุณููููุชููู ููููููุชูุฏูููู ุจูุฃูู ูุฑููู ุซูู ูู ุฅููููููุง ุชูุฎููููู ู ููู ุจูุนูุฏูููู ู ุฎูููููู ูููููููููู ู ูุง ูุงู ููููุนูููููู ููููููุนูููููู ู ูุง ูุงู ููุคูู ูุฑูููู ููู ููู ุฌูุงููุฏูููู ู ุจูููุฏููู ูููููู ู ูุคูู ููู ููู ููู ุฌูุงููุฏูููู ู ุจูููุณูุงูููู ูููููู ู ูุคูู ููู ููู ููู ุฌูุงููุฏูููู ู ุจูููููุจููู ูููููู ู ูุคูู ููู ููููููุณู ููุฑูุงุกู ุฐููููู ู ููู ุงูุฅููู ูุงูู ุญูุจููุฉู ุฎูุฑูุฏููู
Maksudnya: โTidak ada seorang pun Nabi yang diutuskan oleh Allah kepada sesuatu umat sebelumku, melainkan pasti ada dalam kalangan umatnya itu para pembela dan para sahabat(nya) yang berpegang teguh dengan sunnahnya dan bersungguh-sungguh mengikut perintahnya.
Kemudian, ia pasti meninggalkan mereka pengganti iaitu golongan (munafiq) yang suka mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan dan golongan (ahlul bidโah) yang suka melakukan apa yang tidak diperintahkan (oleh Nabi mereka).
Maka, barangsiapa yang menentang mereka (munafiq dan ahlu bidโah itu) dengan tangannya, dia adalah seorang mukmin. Barangsiapa yang menentang mereka dengan lidahnya, dia juga adalah seorang mukmin. Dan barangsiapa yang menentang mereka dengan lubuk jantungnya (iaitu dengan menyembunyikan kebencian kepada mereka di dalam hati), dia juga adalah seorang mukmin.
Dan tidak ada lagi dibelakang itu (tidak menentang dengan tangan, lidah mahupun hati) keimanan walaupun sebesar biji sawi.โ
Dan tujuan Salafi menentang semua tokok-tambah dan fitnah terhadap agama ini tidak lain hanyalah untuk menjadikan agama ini kembali selari dengan sunnah Nabi s.a.w. yang telah dirosakkan oleh ramai manusia sebagaimana sabda baginda s.a.w.:
ุฅูููู ุงูุฏููููู ููููุฃูุฑูุฒู ุฅูููู ุงููุญูุฌูุงุฒู ููู ูุงุชูุฃูุฑูุฒู ุงููุญููููุฉู ุฅูููู ุฌูุญูุฑูููุง ููููููุนูููููููู ุงูุฏููููู ู ููู ุงููุญูุฌูุงุฒู ู ูุนููููู ุงูุฃูุฑููููููุฉู ู ููู ุฑูุฃูุณู ุงููุฌูุจููู ุฅูููู ุงูุฏููููู ุจูุฏูุฃู ุบูุฑููุจูุง ููููุฑูุฌูุนู ุบูุฑููุจูุง ููุทููุจูู ููููุบูุฑูุจูุงุกู ุงูููุฐูููู ููุตูููุญูููู ู ูุง ุฃูููุณูุฏู ุงููููุงุณู ู ููู ุจูุนูุฏูู ู ููู ุณููููุชูู
Maksudnya: โSesungguhnya, agama ini pasti akan berlindung di Hijaz sebagai ular menjadikan lubangnya sebagai tempat perlindungannya dan agama ini pasti akan berpaut di Hijaz sebagaimana kambing gurun berpaut di puncak gunung.
Sesungguhnya, agama ini bermula sebagai sesuatu yang asing dan ia akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang dianggap asing iaitu mereka yang memperbaiki sunnahku yang telah dirosakkan oleh manusia selepas kewafatanku supaya ia kembali dalam bentuknya yang asal.โ
Maka, jika kita merenung hadis-hadis di atas secara jujur dan insaf, pasti kita akan mengakui bahawa hakikatnya, Salafi (atau yang dilabel sebagai Wahhabi) itulah sebenarnya golongan yang menepati ciri-ciri Ahlus Sunnah wal Jamaโah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w.
Kerana itulah jumlahmereka sedikit (ghurabaโ) jika dibandingkan dengan jumlah Kaum Muslimin secara keseluruhannya. Mereka juga sangat bersemangat mahu memahami dan mengamalkan Islam sebagaimana yang menjadi pegangan tiga generasi Islam terawal (Salafu Soleh), menentang tokok-tambah dalam urusan agama dan tipu daya kaum munafiq, supaya manusia kembali beramal menepati sunnah Nabi s.a.w. yang telah dirosakkan oleh ramai manusia.
Tetapi, sejelas manapun sabda Nabi s.a.w., tetaplah hidayah dan taufiq itu menjadi milik Allah, sehingga Dia sahajalah yang berkuasa memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Wallahu a'lam.