Tidak seperti di negara-negara lain, India mempunyai system pengajian agama yang sangat sistematik sejak ratusan tahun lalu lagi. Sistem ini juga disokong oleh segenap anggota masyarakat sehingga rata-rata mengganggap pengajian agama adalah sebuah amal kebajikan.
Kesannya, sesiapa sahaja yang berminat untukCmendalami ilmu agama boleh mempelajarinya secara percuma meskipun jika dia tidak mempunyai kekuatan dari sudut kewangan.
Para ‘ulamak di India juga lebih terbuka terutamanya dalam kajian ilmu hadis, sehingga mereka mampu dan berani mengusulkan buah fikiran dan penemuan baharu yang belum pernah disebutkan oleh mana-mana ilmuwan di negara lain sebelumnya.
Maka, tidak hairanlah kenapa India lebihterkehadapan dalam pengajian agama, khususnya dalam ilmu hadis berbanding negara-negara lain, termasuklah negara-negara Arab seperti Arab Saudi dan
Mesir.
Wallahu a’lam.