Ilmu hadis pada asalnya adalah sesuatu yang asing di India, sehinggalah munculnya ‘Ali al-Muttaqi al-Hindi (888 – 975 H), iaitu pengarang Kanzul ‘Ummal. Sebelum itu, ilmu mantiq dan falsafah lebih berpengaruh di sana.
Dan ilmu hadis menjadi lebih kuat di India selepas zaman Shah Waliyullah ad-Dahlawi (w. 1174H) dan murid-muridnya. Selepas zaman inilah, banyak terhasil karya-karya besar berkaitan ilmu hadis di sana, yang mana perkembangan ini mengambil masa antara 200 – 300 tahun.
Melihat kepada minatnya umat Islam kepada ilmu hadis di Malaysia, tidak mustahil apa yang berlaku di India boleh berlaku di Malaysia, insya Allah. Cuma ianya mengambil masa yang panjang sebagaimana yang berlaku di India dan pernah berlaku pada tamadun terdahulu seperti di Madinah, Baghdad, dan Samarqand.
Hatta dunia Arab pada hari ini pun kembali menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu hadis.
Wallahu a’lam.