Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan umat dalam masalah hadis adalah dengan mengekang penyebaran hadis palsu, iaitu dengan menyebarkan status hadis tersebut kepada masyarakat dan mengambil tindakan kepada penyebarnya.
Selepas itu, barulah kita membahaskan soal-soal teknikal seperti menerangkan sanad dan matannya yang bermasalah.
Perkara ini perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut terhadap tohmahan orang-orang yang jahil yang mungkin menuduh kita mahu melawan al-Imam al-Ghazali hanya kerana kita menyebarkan status beberapa hadis palsu yang terdapat di dalam kitab al-Ihya, karya al-Imam al-Ghazali.
Jika hal ini dilakukan, nescaya banyak perkara lain dapat diselesaikan, seperti penyebaran khurafat dan ajaran sesat yang sebahagian besarnya berasal daripada hadis-hadis palsu.
Wallahua’lam.