Kebanyakan hadis yang menyebutkan kelebihan surah-surah di dalam al-Quran adalah tidak sahih. Yang sahih hanyalah hadis-hadis yang berikut:
PERTAMA: KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH
1. Surah Teragung Dalam al-Quran
Abu Sa’id bin al-Mu’alla r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada beliau:
لأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ السُّوَرِ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ. ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِي، فَلَمَّا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ قُلْتُ لَهُ أَلَمْ تَقُلْ لأُعَلِّمَنَّكَ سُورَةً هِيَ أَعْظَمُ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ. قَالَ {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ
Maksudnya: “Aku pasti akan ajarkan kepadamu sebuah surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum engkau keluar daripada masjid.” Kemudian, baginda memegang tanganku.
Lalu, apabila aku hendak keluar (daripada masjid), aku berkata kepadanya, “Bukankah tadi engkau berkata, ‘Aku pasti akan ajarkan kepadamu sebuah surah yang paling agung di dalam al-Quran’?”
Baginda pun bersabda, “(Ia adalah) Surah al-Fatihah. Ia adalah tujuh ayat (al-Quran) yang seringkali diulang bacaannya dan ia adalah (saripati) al-Quran yang agung yang dikurniakan-Nya.”
2. Tidak Terdapat Sebarang Surah Setara Dengannya
Rasulullah s.a.w. telah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab r.a.:
تُحِبُّ أَنْ أُعَلِّمَكَ سُورَةً لَمْ يَنْزِلْ فِي التَّوْرَاةِ وَلاَ فِي الإِنْجِيلِ وَلاَ فِي الزَّبُورِ وَلاَ فِي الْفُرْقَانِ مِثْلُهَا. قَالَ نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَيْفَ تَقْرَأُ فِي الصَّلاَةِ. قَالَ فَقَرَأَ أُمَّ الْقُرْآنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أُنْزِلَتْ فِي التَّوْرَاةِ وَلاَ فِي الإِنْجِيلِ وَلاَ فِي الزَّبُورِ وَلاَ فِي الْفُرْقَانِ مِثْلُهَا وَإِنَّهَا سَبْعٌ مِنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُعْطِيتُهُ
Maksudnya: “Sukakah engkau jika aku beritahu kepadamu sebuah surah yang belum pernah diturunkan di dalam Taurah, tidak juga di dalam Injil, tidak juga di dalam Zabur dan tidak juga ada surah lain yang seumpama dengannya di dalam al-Quran?” Beliau menjawab, “Ya, wahai Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepadanya, “Apakah yang engaku baca di dalam solat?” Beliau menjawab, “Aku membaca Ummul Quran (Surah al-Fatihah).”
Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang berada di dalam tangan-Nya, tidaklah ia (Surah al-Fatihah) diturunkan di dalam Taurah, tidak juga di dalam Injil, tidak juga di dalam Zabur tidak juga ada surah lain yang seumpama dengannya di dalam al-Quran. Surah itulah tujuh ayat yang sering diulang-ulang (bacaannya) dan (saripati) al-Quran yang agung yang telah dikurniakan-Nya kepadaku.”
3. Boleh Dijadikan Ruqyah
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ نَاسًا، مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانُوا فى سَفَرٍ فَمَرُّوا بِحَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ فَلَمْ يُضِيفُوهُمْ . فَقَالُوا لَهُمْ هَلْ فِيكُمْ رَاقٍ فَإِنَّ سَيِّدَ الْحَىِّ لَدِيغٌ أَوْ مُصَابٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْهُمْ نَعَمْ فَأَتَاهُ فَرَقَاهُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَبَرَأَ الرَّجُلُ فَأُعْطِيَ قَطِيعًا مِنْ غَنَمٍ فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهَا . وَقَالَ حَتَّى أَذْكُرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم . فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ . فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ . فَتَبَسَّمَ وَقَالَ وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ . ثُمَّ قَالَ خُذُوا مِنْهُمْ وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ مَعَكُمْ
Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawasanya ada sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar bermusafir. Lalu, mereka melintasi satu perkampungan Arab. Maka, mereka pun meminta kepada penduduk kampung itu untuk menerima mereka sebagai tetamu, tetapi penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka.
Tiba-tiba, orang kampung itu bertanya kepada mereka, “Adakah ada sesiapa dalam kalangan kalian yang pandai menjampi, kerana sesungguhnya ketua kampung kami telah disengat atau ditimpa suatu musibah?”
Maka, salah seorang sahabat pun menjawab, “Ya (saya).” Lalu, lelaki itu pun mendatangi ketua kampung itu, menjampinya dengan Surah al-Fatihah dan dia sembuh. Lalu sahabat itu diberikan sekawan kambing sebagai ganjiran, tetapi beliau enggan menerimanya, dan beliau berkata, “(Aku tidak akan menerimanya) sehinggalah aku bertanya terlebih dahulu kepada Nabi s.a.w.”
Maka, beliau pun mendatangi Nabi s.a.w. dan menceritakan hal tersebut. Selanjutnya beliau berkata, “Wahai Rasulullah, demi Allah, tidaklah aku menjampinya melainkan dengan Surah al-Fatihah sahaja.”
Baginda pun tersenyum seraya bersabda, “Bagaimana engkau tahu yang ia (Surah al-Fatihah) boleh digunakan sebagai jampi?” Kemudian, baginda bersabda, “Terimalah bahagian mereka dan berikanlah sedikit bahagiannya kepadaku.”
KEDUA: KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH
1. Menghalang Syaitan Daripada Memasuki Rumah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
لاَتَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ وَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ الْبَقَرَةُ لاَ يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya, rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah, ia tidak akan dimasuki syaitan.”
2. Mengeluarkan Syaitan Daripada Rumah
Rasulullah s.a.w.bersabda:
لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya, syaitan melarikan diri daripada rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah.”
3. Mengundang Keberkatan dan Menolak Sihir
Rasulullah s.a.w. bersabda:
اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
Maksudnya: “Bacalah Surah al-Baqarah kerana sesungguhnya mengambilnya (membaca dan mengamalkannya) mengundang keberkatan dan meninggalkannya (tidak membaca dan tidak mengamalkannya) menyebabkan kerugian dan (dengan membacanya juga akan menyebabkan sihir) tidak mampu untuk menguasainya.”
4. Ayat al-Kursi Adalah Ayat Teragung di dalam al-Quran
Ubai bin Ka’ab r.a.berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَىُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ. قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَىُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ. قَالَ قُلْتُ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ. قَالَ فَضَرَبَ فِي صَدْرِي وَقَالَ وَاللَّهِ لِيَهْنِكَ الْعِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Abu al-Munzir (gelaran bagi Ubai bin Ka’ab), adakah engkau tahu ayat apakah yang paling agung di dalam al-Quran?” Ubai bin Ka’ab berkata, “Aku menjawab, ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’”
Baginda bertanya lagi, “Wahai Abu al-Munzir, adakah engkau tahu, ayat apakah yang paling agung di dalam al-Quran?” Ubai bin Ka’ab berkata, “Aku menjawab, ‘Ayat al-Kursi.’”
Ubai bin Ka’ab selanjutnya berkata, “Baginda pun menepuk dadaku seraya bersabda, ‘Demi Allah, semoga Dia menganugerahkan engkau ilmu wahai Abu al-Munzir.’”
5. Dijamin Syurga Buat yang Istiqamah Membaca Ayat al-Kursi Selepas Solat Fardhu
Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا أَنْ يَمُوتَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca Ayat al-Kursi pada penghujung (iaitu selepas) setiap Solat Fardhu, nescaya tidak ada apa pun yang menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kerana dia belum meninggal dunia.”
[as-Sunan al-Kubra li an-Nasa’i (9532) : Dinilai sebagai Hasan oleh al-Wadi’i di dalam as-Sahih al-Musnad (478)]
6. Ayat al-Kursi Memelihara Daripada Syaitan Ketika Tidur
إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلاَ يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: “Apabila engkau telah berada di atas tempat tidurmu, bacalah Ayat al-Kursi. Nescaya, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu sehinggalah engkau memasuki waktu pagi.”
7. Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah Memadai Sebagai Pelindung
Rasulullah s.a.w.bersabda:
الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِالْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Maksudnya: “Dua ayat terakhir Surah al-Baqarah; barangsiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya ia telah memadainya (sebagai pelindung).”
8. Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah Menjauhkan Rumah Daripada Syaitan
Rasulullah s.a.w.bersabda:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ بِأَلْفَىْ عَامٍ أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ وَلاَ يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلاَثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya, Allah telah menulis sebuah kitab 2,000 tahun sebelum Dia menciptakan sekalian langit dan bumi, dan dia menurunkan dua ayat daripada kitab itu yang menjadi penutup Surah al-Baqarah, dan tidaklah kedua-dua ayat itu dibaca di dalam sesebuah rumah selama tiga malam (berturut-turut), lalu syaitan masih mendekatinya.”
KETIGA: KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH DAN SURAH AALI ‘IMRAN
Cahaya Gilang Gemilang yang Memohon Syafa’at Buat Pembacanya
Rasulullah s.a.w.bersabda:
اقْرَءُواالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا
Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya, ia akan datang pada Hari Qiyamat sebagai pemberi syafa’at untuk orang-orang yang membaca dan mengamalkannya. Dan bacalah dua cahaya yang gilang gemilang (iaitu) Surah al-Baqarah dan Surah Aali ‘Imran kerana sesungguhnya kedua-duanya akan datang pada Hari Qiyamat (dalam bentuk) seakan-akan dua awan mega atau dua sinar mentari atau dua kawan burung yang terbang berbaris-baris untuk berhujah (bagi membela) orang-orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungan kedua-dua surah itu."
KEEMPAT: KELEBIHAN SURAH AL-KAHF
1. Perlindungan Daripada Dajjal dan Diberikan Cahaya Hingga ke Makkah
Abu Sa’id al-Khudri r.a. berkata:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِكَمَا أُنْزِلَتْ ثُمَّ أَدْرَكَ الدَّجَّالَ لَمْ يُسَلَّطْ عَلَيْهِ أَوْ لَمْ يَكُنْ لَهُ عَلَيْهِ سَبِيلٌ وَمَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ كَانَ لَهُ نُورًا مِنْ حَيْثُ قَرَأَهَا مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ مَكَّةَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahf sebagaimana ia diturunkan, kemudian dia bertemu (atau hidup pada zaman Dajjal), nescaya Dajjal bukan sahaja tidak mampu menguasainya, malah Dajjal tidak menemui sebarang jalan pun untuk menguasainya. Dan barangsiapa yang membaca penghujung Surah al-Kahf, dia akan mendapat cahaya dari tempat dia membacanya sehingga ke Makkah.”
2. 10 Ayat Surah al-Kahfi Pelindung daripada Fitnah Dajjal
Rasulullah s.a.w.bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ وَقَالَ شُعْبَةُ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara (bacaan atau hafazan) sepuluh ayat terawal Surah al-Kahf, nescaya dia dipelihara daripada (fitnah) Dajjal.” Dalam riwayat Syu’bah pula menyebut, “Sepuluh ayat terakhir Surah al-Kahf.”
KELIMA: KELEBIHAN SURAH AL-MULK
1. Memberikan Syafa’at Supaya Diampunkan Dosa
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Maksudnya: “Sesungguhnya, ada sebuah surah di dalam al-Quran yang mempunyai 30 ayat yang boleh memberikan syafa’at kepada orang (yang membaca dan mengamalkannya) dan ia adalah Surah al-Mulk.”
2. Perlindungan Daripada Azab Kubur
‘Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata:
مَنْ قَرَأَ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ كُلَّ لَيْلَةٍ مَنَعَهُ اللَّهُ بِهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam, nescaya Allah akan menghalangnya daripada azab kubur dengan bacaannya itu.”
[as-Sunan al-Kubra li an-Nasa’i (10074) : Dinilai sebagai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib (1475)]
KEENAM: KELEBIHAN SURAH AL-KAFIRUN
Pembersihan Daripada Kesyirikan
Rasulullah s.a.w.bersabda:
اقْرَأْ{ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } ثُمَّ نَمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنَ الشِّرْكِ
Maksudnya: “Bacalah Surah al-Kafirun. Kemudian, tidurlah selepas selesai membacanya kerana sesungguhnya ia adalah pembersihan daripada kesyirikan.”
KETUJUH: KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS
Menyamai Sepertiga al-Quran
Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., katanya:
قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ . فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya, “Tidakkah setiap seorang daripada kalian mampu untuk membaca sepertiga al-Quran pada satu malam?” Pertanyaan itu menyukarkan mereka (para sahabat), lalu mereka bertanya kembali, “Siapakah gerangannya dalam kalangan kami ini yang mampu untuk melakukan hal itu wahai Rasulullah?” Maka, baginda pun bersabda, “Surah al-Ikhlas menyamai sepertiga al-Quran.”
Daripada Abu Sa’idal-Khudri r.a., katanya:
أَنَّ رَجُلاً، سَمِعَ رَجُلاً، يَقْرَأُ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} يُرَدِّدُهَا فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: Bahawasanya seorang lelaki mendengar seorang lelaki yang lain membaca Surah al-Ikhlas berulang-ulang kali (pada waktu malam). Lalu, apabila telah pagi, beliau mendatangi Rasulullah s.a.w. seraya menyebut hal itu seolah-olah beliau mahu memperkecilkan amalan itu. Maka, Rasulullah s.a.w. pun bersabda, “Demi jiwaku yang berada di dalam Tangan-Nya, sesungguhnya, ia (Surah al-Ikhlas) menyamai sepertiga al-Quran.”
KELAPAN: KELEBIHAN AL-MU’AWWIZATAN (SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS)
1. Tidak Ada yang Serupa dengan Ayat-Ayatnya
Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَلَمْ تَرَ آيَاتٍ أُنْزِلَتِ اللَّيْلَةَ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ { قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ { قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}
Maksudnya: “Tidakkah engkau lihat ayat-ayat yang turun pada malam tadi yang belum pernah dilihat ada sebarang ayat yang serupa dengannya (iaitu) Surah al-Falaq dan Surah an-Nas?!”
2. Sebaik-Baik Pelindung
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., katanya:
بَيْنَا أَنَا أَسِيرُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ الْجُحْفَةِ وَالأَبْوَاءِ إِذْ غَشِيَتْنَا رِيحٌ وَظُلْمَةٌ شَدِيدَةٌ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَعَوَّذُ بِـ { أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ } وَ { أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ } وَيَقُولُ يَا عُقْبَةُ تَعَوَّذْ بِهِمَا فَمَا تَعَوَّذَ مُتَعَوِّذٌ بِمِثْلِهِمَا
Maksudnya: Sedang aku berjalan bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. antara Juhfah dan Abwa’, tiba-tiba kami dilitupi angin kencang dan kegelapan yang sangat dahsyat. Maka, Rasulullah s.a.w. pun memohon perlindungan (Allah) dengan membaca Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.
Kemudian, baginda bersabda, “Wahai ‘Uqbah, mohonlah perlindungan dengan kedua-dua surah itu kerana tidak ada orang yang berlindung dengan sebuah perlindungan yang serupa dengan kedua-dua surah itu.”
KESEMBILAN: KELEBIHAN AL-MU’AWWIZAT (SURAH AL-IKHLAS, SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS)
Perlindungan Daripada Setiap Sesuatu
Rasulullah s.a.w. bersabda:
قُلْ : ( هوَ اللَّهُأَحَدٌ ) وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَتُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ
Maksudnya: “Bacalah Surah al-Ikhlas dan al-Mu’awwizatan (Surah al-Falaq dan Surah an-Nas) ketika engkau memasuki waktu petang (selepas Asar) dan ketika engkau memasuki waktu pagi (selepas Subuh) sebanyak tiga kali. Nescaya, ianya mencukupi engkau (sebagai pelindung) daripada setiap sesuatu (keburukan).”
Wallahu a’lam.