Pengajian hadis menyebabkan fikiran kita menjadi terbuka kerana kita bukan sahaja didedahkan dengan banyak pendapat ‘ulamak, tetapi kita juga mampu mengetahui dan memahami hujah-hujah yang menjadi asas bagi pendapat-pendapat yang saling bercanggah itu.
Kesannya, kita boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam yang berbeza mazhab dengan kita dan bersangka baik dengan mereka, kerana kita tahu bahawa pendapat pilihan mereka juga terbina di atas dalil.
TAMBAHAN
Selain itu, kita juga mampu membezakan antara khilaf mu’tabar yang terbina di atas kaedah penghujahan yang benar dengan khilaf tidak mu’tabar yang terbina di atas hujah-hujah yang batil.
Maka, walaupun kita boleh menghormati pendapat orang lain, tetapi kita mampu meletakkan batas dan
sempadan untuk memisahkan antara khilaf yang masih boleh dihormati dengan kebatilan yang wajib disanggah.
Wallahu a’lam.