·
Antara kelebihan Jami’ at-Tirmizi ialah:
1. susunannya sangat tertib dan cermat;
2. tajuk-tajuk dan bab-babnya terang dan mudah difahami;
3. hadis-hadis di dalamnya senang untuk dicari; dan
4. ia juga disertakan dengan status hadis tersebut, penerangan tentang nama perawi yang tidak jelas serta perbahasan fiqhnya secara ringkas.
Inilah antara kelibihan Jami’ at-Tirmizi berbanding kutub tis’ah yang lain, termasuklah Sahih al-Bukhari.
Kerana itulah para ‘ulamak berkata yang Sahih al-Bukhari hanya boleh difahami oleh orang-orang yang benar-benar berkeahlian. Hal ini berbeza dengan Jami’ at-Tirmizi yang boleh difahami, hatta oleh orang awam.
Wallahu a’lam.