Al-Imam al-Baihaqi (384 – 458 H) telah meriwayatkan dengan sanadnya:
أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدَانَ ، أَنْبَأَنَا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدٍ ، حَدَّثَنَا تَمْتَامٌ ، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَعْلَى ، عَنْ لَيْثٍ ، عَنْ عَطَاءٍ ، عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : " قَدِمَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْمٌ غُزَاةٌ ، فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ مِنَ الْجِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى الْجِهَادِ الأَكْبَرِ , قَالُوا : وَمَا الْجِهَادُ الأَكْبَرُ ؟ قَالَ : مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ
Maksudnya:
Telah mengkhabarkan kepada kami ‘Ali bin Ahmad bin ‘Abdan, telah memberitakan kepada kami Ahmad bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Tamtam, telah menceritakan kepada kami ‘Isa bin Ibrahim, telah menceritakan kepada Yahya bin Ya’la, daripada Laits, daripada ‘Atho’ daripada Jabir r.a., katanya, “Suatu kaum telah mendatangi Rasulullah s.a.w. dari sebuah peperangan. Maka, baginda s.a.w. pun bersabda, ‘Kalian telah datang dengan sebaik-baik kedatangan dari jihad yang kecil menuju jihad yang besar.’ Mereka bertanya, ‘Apakah jihad yang besar itu?’ Baginda menjawab, ‘Kesungguhan seseorang hamba melawan nafsunya.’”
STATUS HADIS
Selepas meriwayatkan hadis ini, al-Imam al-Baihaqi berkata:
هَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ
Maksudnya:
“Isnad (hadis) ini dha'if.”
Maka, al-Imam al-Baihaqi sendiri menilai hadis ini sebagai dha’if, dan beliau tidak bersendirian, kerana kedha’ifan hadis ini disepakati oleh semua ‘ulamak.
Yang sebenarnya, ini bukanlah sabda Nabi s.a.w., sebaliknya ia adalah ucapan Ibrahim bin Abu ‘Ablah, seorang tabi’in yang lahir pada tahun 60 Hijriyyah dan wafat pada tahun 152 Hijriyyah.
Hal ini sebagaimanayang direkodkan oleh Ibn ‘Asakir dengan sanadnya daripada Muhammad bin Ziyad, Abu Mas’ud, daripada seorang penduduk Baitul Maqdis, katanya:
Maksudnya:
“Aku telah mendengar Ibrahim bin Abu ‘Ablah berkata kepada orang yang baru sahaja datang daripada sebuah peperangan, ‘Kalian baru sahaja datang daripada jihad yang paling kecil. Lalu, apakah yang akan kalian lakukan di dalam jihad yang paling besar?’ Mereka bertanya, ‘Wahai Abu Isma’il, apakah jihad yang paling besar itu?’ Beliau menjawab, ‘Jihad hati.’”
Hal yang sama disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Takhrij Musnad al-Firdaus.
KEBENARAN MAKSUD HADIS
Namun begitu, ungkapan ini mungkin ada benarnya kerana jihad melawan nafsu adalah peperangan yang berpanjangan.
Hanyasanya, makna ungkapan ini tidak tepat kerana bercanggah dengan banyak nas lain yang menceritakan kelebihan jihad peperangan mengatasi jihad dalam bentuk yang lain, sebagaimana firman-Nya:
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya:
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.”
[Surah an-Nisa’(4) : 95]
Juga sabda Nabi s.a.w.:
مَثَلُ المُجَاهِدِ في سَبيلِ اللهِ كَمَثَلِ الصَّائِمِ القَائِمِ القَانِتِ بآيَاتِ اللهِ، لا يَفْتُرُ مِن صِيَامٍ، وَلَا صَلَاةٍ، حتَّى يَرْجِعَ المُجَاهِدُ في سَبيلِ اللهِ تَعَالَى
Maksudnya:
“Perumpamaan bagi orang yang berjihad di jalan Allah adalah seperti orang yang berterusan berpuasa, bersolat lagi menekuni ayat-ayat Allah; tidaklah dia membuka puasanya dan berhenti bersolat sehinggalah orang yang berjihad di jalan Allah Ta’ala itu pulang.”
Hal ini dijelaskan lagi melalui sabdanya:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
Maksudnya:
“Kepala bagi setiap urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad.”
Maka, jelaslah bahawa jihad peperangan itu lebih besar pahala dan kelebihannya berbanding jihad melawan nafsu, sehingga ia disebut sebagai kemuncak bagi segala urusan oleh Nabi s.a.w., kerana hanya yang telah berjaya menewaskan hawa nafsunya sahaja yang rela untuk mengorbankan dirinya di medan peperangan.
Wallahua’lam.