Pada zaman pemerintahan Khalifah ‘Ali bin AbuTholib, telah berlaku beberapa siri peperangan sesama umat Islam sehingga melibatkan para sahabat yang besar termasuklah ‘A’isyah binti Abu Bakr dan Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.hum.
Antara hikmahnya adalah supaya ia menjadi pengajaran kepada umat Islam di kemudian hari tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila umat Islam berperang sesama sendiri.
Ia juga menunjukkan betapa semulia-muliamanusia seperti para sahabat sekalipun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi yang membezakan antara mereka dengan kita ialah mereka berijtihad sebelum mengambil sebarang keputusan dan segera bertaubat setelah tersedar akan dosa yang mereka lakukan, sehingga berani berhadapan dengan hukuman dunia berbanding azab Hari Akhirat.
Adapun tentang status para sahabat yang terbunuh dalam siri-siri peperangan tersebut, mereka tidak dikira sebagai syuhada’ kerana hanya yang gugur di medan jihad menentang kuffar sahaja yang mendapat kedudukan syahid di sisi Allah.
Namun, kedua-dua pihak tetap dikurniakan pahala ijtihad kerana masing-masing berperang atas keyakinan bahawa mereka di pihak yang benar.
Wallahu a’lam.