Al-Imam Abu Daud telah meriwayatkan sebuah hadis tentang doa yang maksudnya mencakupi untuk menyatakan rasa syukur atas segala nikmat kurniaan Allah s.w.t., yang mana dikatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَاشَرِيكَ لَكَ فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ يَوْمِهِ وَمَنْ قَالَ مِثْلَ ذَلِكَ حِينَ يُمْسِي فَقَدْ أَدَّى شُكْرَ لَيْلَتِهِ
Maksudnya: "Barangsiapayang mengucapkan saat dia memasuki waktu pagi {Ya Allah ya Tuhan kami, tidaklah aku berpagi-pagi pada hari ini dalam memperolehi nikmat melainkan setiap satunya berasal daripada-Mu semata-mata yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Bagi Engkaulah segala puji-pujian dan untuk Engkaulah segala kesyukuran} maka dia benar-benar telah besyukur untuk sepanjang harinya itu dan barangsiapa yang mengucapkannya saat dia memasuki waktu petang, maka dia benar-benar telah bersyukur bagi sepanjang malamnya itu."
[Sunan Abi Daud (5073)]
Tetapi hadis ini dinilai sebagai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth danal-Albani kerana pada sanadnya terdapat seorang perawi yang majhul hal (tidak diketahui pujian atau kritikan ‘ulamak terhadapnya) iaitu ‘Abdullah bin ‘Anbasah.
Namun begitu, tidaklah mengapa untuk mengamalkannyakerana maksud doa ini baik dan fiqh doa itu luas, mengikut kepada hajat kita, selagi mana kita tidak meminta untuk melakukan maksiat, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ
Maksudnya: “Doa akan sentiasa diperkenankan untuk setiap seorang hamba selagi mana dia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan kekeluargaan.”
[Sahih Muslim (4918)]
Wallahu a'lam.