Al-Imam Abu Daud telah meriwayatkan dengan sanadnya daripada ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya:
لَمَا صُمْنَا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم تِسْعًا وَعِشْرِينَ أَكْثَرُ مِمَّا صُمْنَا مَعَهُ ثَلاَثِينَ
Maksudnya: “Kami lebih banyak berpuasa bersama Nabi SAW selama 29 hari berbanding 30 hari.”
Hadis ini dinilai sebagai Sahih Maqthu’ oleh asy-Syaikh Nasiruddin al-Albani di dalam Sahih Abi Daud (2322), manakala asy-Syaikh Syu’aib al-Arna’uth pula menilainya sebagai Sahih Lighairih di dalam Takhrij Sunan Abi Daud (2322).
Ada juga riwayat lain daripada Ibn Mas’ud yang menyebutkan bahawasanya umat Islam hanya berpuasa selama 30 hari sekali sahaja pada zaman Nabi s.a.w. Tetapi, riwayat ini tidak sahih.
Maka, menurut riwayat yang sahih, tidak diketahui jumlah sebenar berapakali umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadhan selama 30 hari. Yang pasti, mereka lebih kerap bertemu dengan 29 hari Ramadhan berbanding 30 hari.
Demikianlah sebagaimana yang dijelaskan oleh Maulana Anwar Shah Kasymiri di dalam al-‘Arf asy-Syazi Syarh Jami’ at-Tirmizi.
Wallahu a’lam.