Perbezaan paling ketara antara Ahlus Sunnah (pengikut sunnah) dengan Ahlul Ahwa’ (pengikut hawa nafsu) atau Ahlul Bid’ah ialah Ahlus Sunnah mampu memberikan hujah yang jelas bagi setiap amalan yang mereka kerjakan.
Adapun AhlulAhwa’, apabila ditanya tentang sandaran bagi sesuatu amalan yang mereka lakukan, mereka tidak akan mempu memberikan jawapan yang tuntas, melainkan berdolak-dalih dengan hujah-hujah yang rapuh seperti amalan nenek-moyang atau kebiasaan masyarakat setempat.
Sebenarnya, inilah jawapan yang diwarisi oleh Ahlul Ahwa’ sejak zaman berzaman, sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah melalui firman-Nya:
وَإِذَا قِیلَ لَهُمُ ٱتَّبِعُوا۟ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ قَالُوا۟ بَلۡ نَتَّبِعُ مَاۤ أَلۡفَیۡنَاعَلَیۡهِ ءَابَاۤءَنَاۤۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَاۤؤُهُمۡ لَا یَعۡقِلُونَ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَهۡتَدُونَ
Maksudnya: "Apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh Allah,' mereka pasti menjawab, 'Kami tetap mengikut apa telah kami dapati nenek moyang kami dahulu lakukannya!'
Patutkah mereka terus mengikut apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka walaupun mereka dahulu tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang agama dan mereka juga tidak mendapat petunjuk?"
[Surah al-Baqarah (2) : 170]
Wallahu a’lam.