Return to site

SALINAN PALING KUAT BAGI SAHIH AL-BUKHARI

October 14, 2024

Sahih al-Bukhari mempunyai banyak nuskhah (salinan asli) kerana al-Imam al-Bukhari mempunyai murid yang ramai.

Dan dalam sekalian banyak nuskah ini, Nuskhah al-Asili dianggap sebagaisalah satu nuskhah Sahih al-Bukhari yang paling kuat.

Meskipun demikian, kesemua nuskhah ini sebenarnya menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Kesannya, seseorang pengkaji tidak boleh sewenang-wenangnya mendakwa sesebuah hadis di dalam Sahih al-Bukhari itu sebagai dha'if atau ma'lul (mempunyai kecacatan) semata-mata kerana sanadnya tidak lengkap, sehinggalah dia telah memeriksa di dalam nuskhah-nuskhah yang lain.

Wallahu a’lam.